Home Buletin Semasa MYDIGITAL ID JADI LOG MASUK TUNGGAL MYNIISE BERMULA 15 JANUARI

MYDIGITAL ID JADI LOG MASUK TUNGGAL MYNIISE BERMULA 15 JANUARI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan penggunaan MyDigital ID sebagai platform log masuk tunggal bagi warganegara Malaysia yang menggunakan aplikasi mudah alih MyNIISe bermula 15 Januari ini.

Dalam kenyataan media pada Selasa, bagi pengguna warga asing, kaedah log masuk sedia ada ke aplikasi MyNIIS akan terus digunakan tanpa sebarang perubahan.

“Pelaksanaan MyDigital ID sebagai sistem log masuk tunggal adalah sebahagian daripada inisiatif pelaksanaan NIISe untuk mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan selamat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara tanpa menyimpan data peribadi pengguna.

“Pendekatan ini dapat meningkatkan keselamatan transaksi digital serta memudahkan pengalaman pengguna untuk mengelog masuk tanpa perlu ingat kata laluan pengguna,” jelas kenyataan itu.

Menurut KDN, warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas disarankan untuk memuat naik dan mendaftarkan diri ke aplikasi MyDigital ID yang boleh didapati di gedung aplikasi seperti Apple App Store, Google Play dan Huawei Gallery sebelum menggunakan MyNIISe.

Aplikasi MyNIISe mula digunakan pada 22 September lalu untuk memasuki pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor.

Ia akan diperluaskan secara berperingkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Terminal 1 dan 2, Bayan Lepas, Kuching serta Kota Kinabalu.

”MyNIISe mencatatkan 599,967 muat turun dengan 287,258 pengguna berdaftar sehingga 30 Disember lalu,” jelas kenyataan itu.

KDN memaklumkan pelaksanaan MyDigital ID dalam MyNIISe mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memodenkan perkhidmatan awam melalui pendigitalan yang selamat, cekap dan berfokuskan rakyat, demi meningkatkan kepercayaan serta keselesaan pengguna dalam urusan keimigresenan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here