KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Barbarik Muss berkongsi rasa syukur selepas isterinya, Suraya Bahari selamat menjalani pembedahan pada kaki akibat penyakit kencing manis.
Memetik laporan Harian Metro, Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 58, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook, pagi ini.
“Syukur Alhamdulillah. Isteriku, Suraya Bahari berjaya menjalani pembedahan kakinya akibat kencing manis di Hospital Ampang.
“Selepas melalui berbagai cara dan ikhtiar perubatan yang agak tidak berjaya sebelum ini dalam beberapa bulan yang sudah,” tulisnya.
Muss turut berkongsi beberapa foto keadaan Suraya selepas pembedahan dan masih dirawat di hospital.
Harian Metro cuba menghubungi Suraya dan Muss untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkininya, namun belum menerima sebarang maklum balas.-HMetro Online-
IMedikel TV






