Home Buletin Semasa MUSIM DURIAN KEMBALI LAGI!

MUSIM DURIAN KEMBALI LAGI!

173
0

KOTA BHARU: Musim yang dinantikan penggemar raja buah sudah tiba. Bagi penggemar durian, setiap jenis durian mempunyai rasa yang berlainan dan inilah yang menjadikan buah tersebut mempunyai peminat tersendiri.

Pelbagai jenis durian terkemuka menjadi kegemaran ramai seperti horlor, musang king, ochee, udang merah, kucing tidur dan banyak lagi.

Team imedikel tv sempat membuat tinjauan sekitar kota bharu dan menemu bual pengusaha gerai durian di sini.

Gerai abam durian menjadi tumpuan warga kelantan di sekitar kota bharu. Di gerai berkenaan, mereka menjual pelbagai jenis durian dengan harga yang berbeza dan berpatutan.

“Ada macam-macam, ada durian kampung ada durian kahwin ada durian ada ioi udang merah D13, musang king, black thorn.”

“Harga kampung semasa promosi 10 ringgit sekilo, buah kahwin 15 ringgit sekilo ioi 18 sekilo kalau buah besar buah A25 ringgit, pahtu musang king harga serendah 20 ringgit ado jugak” katanya.

Menurut Farmiza, 32 tahun, gerainya tidak putus menerima pelanggan sejak awal pagi. Gerai abam durian baru sahaja seminggu beroperasi dan dibuka setiap hari bermula seawal 10 pagi sehingga 10 malam.

Farmiza berkata bekalan durian diambil dari muar johor dan sebanyak 5 tan sehari diperoleh untuk dipasarkan di sini. Katanya keuntungan seharian dapat memcecah 10 ribu ringgit.

Menurutnya, durian yang mempunyai permintaan tinggi di gerainya adalah buah durian dalam bakul dan ianya dijual dengan harga 20 ringgit sebakul.

“Best seller buah isi dalam bakul, 20 ya satu bakul ramai lah permintaan tidak mencukupi kalu buah tu”

“Mintak semua, boleh lah support kedai kita lokasi Jalan Bayam tepi Masjid Paya Rambai, nama kedai Abam Durian Stall.” Die berkata demikian ketika ditemu bual wartawan ImedikelTV.

Farmiza berharap agar gerai durian yang diusahakannya bertambah maju dari semasa ke semasa. Sementara itu team imedikel juga sempat menemu bual salah seorang pelanggan gerai tersebut.

Fariz, 27, berasal dari negeri sembilan berkata jenis durian yang digemarinya adalah jenis ioi dan durian kampung.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here