Home Sukan MULLER MARA PUSINGAN KEDUA

MULLER MARA PUSINGAN KEDUA

225
0

ROM: Pemain Perancis Alexandre Muller menewaskan Jiri Lehecka dari Republik Czech pada pusingan pertama Kejohanan Tenis Internazionali NBL d’Italia di Rom, awal pagi tadi.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Muller menang dengan keputusan 2-6, 6-3, 7-6 (5) dalam aksi berlangsung selama dua jam 37 minit yang juga kemenangan ketiga Muller ke atas pemain dalam kelompok 40 terbaik dunia musim ini.

Tallon Griekspoor dari Belanda turut mencatat kemenangan penting dengan menewaskan Miomir Kecmanovic dari Serbia dengan tiga set 4-6, 6-3, 6-0.

Griekspoor mempamerkan prestasi cemerlang dengan 16 ace dan 41 ‘winners’ selain hanya melakukan satu kesalahan berganda sepanjang perlawanan yang berlangsung selama 94 minit.

“Dia seorang pesaing sangat hebat dan kami sentiasa beraksi dalam perlawanan yang sengit, dan ini yang pertama di gelanggang tanah liat,” kata Griekspoor.

“Saya terlepas peluang di penghujung set pertama, tetapi saya sangat gembira dengan tahap permainan yang saya pamerkan pada set kedua dan ketiga.”

Dalam perlawanan lain, pemain Australia, Jordan Thompson juga mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Giovanni Mpetshi Perricard dari Perancis dengan keputusan 3-6, 6-3, 7-6 (5).

Perlawanan tu berlangsung selama dua jam 22 minit, dan Thompson kini mendahului 5-0 dalam rekod pertemuan ATP mereka.

Luciano Darderi dari Itali, yang beraksi di gelanggang sendiri, berjaya menewaskan Yunchaokete Bu dari China dengan keputusan 7-6 (4), 6-3.

Darderi mempamerkan permainan mantap menerusi tujuh ace dan 30 ‘winners’ manakala Francesco Passaro dari Itali menang 6-2, 2-6, 6-3 ke atas pemain kelayakan dari Taiwan, Chun-Hsin Tseng. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here