Home Buletin Semasa MESEJ TULAR BERKAITAN BANTUAN STR 2025, PALSU – MOF

MESEJ TULAR BERKAITAN BANTUAN STR 2025, PALSU – MOF

382
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tersebar di aplikasi Whatsapp berkenaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 1 hingga 4, dan menegaskan bahawa mesej tersebut adalah palsu.

Mesej atau pautan berhubung SARA 2025 Fasa 1 hingga 4 itu bukan sahaja berlegar di aplikasi Whatsapp, malah ia turut dikongsi di aplikasi Telegram dan media sosial lain.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi kementerian itu semalam, pihak kementerian menegaskan bahawa mesej Bantuan STR 2025 Fasa 1-4 yang tersebar melalui WhatsApp adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial,” menurut kenyataan itu.

Orang awam juga dinasihatkan supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat yang sah dan tepat.

Dalam masa sama, kementerian turut mengingatkan pengguna internet agar tidak sewenang-wenangnya menekan pautan yang mencurigakan.

“Jika tidak pasti, jangan klik dan elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” tambah kenyataan tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here