MONZA, Itali: Max Verstappen menang dengan rekod 10 kali berturut-turut saingan Formula Satu (F1) semalam selepas kejayaan di Grand Prix Itali yang menampilkan kehebatan Red Bull di Monza.
Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, juara bertahan itu mendominasi hari yang baik dekat Itali menyebabkan penyokong Ferrari kecewa dengan rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez kedua di depan pemandu petak depan, Carlos Sainz.
Pemandu Sepanyol, Sainz melintasi garisan penamat lebih daripada 11 saat di belakang untuk kedudukan ketiga, gagal menyaingi kekuatan Verstappen yang juga pendahulu kejuaraan.

Verstappen melebarkan kelebihan berbanding rakan sepasukan, Perez di persada kedudukan pemandu kepada 145 mata dan memastikan Red Bull mengekalkan rekod sempurna dengan 14 GP musim ini.
Pemandu berusia 29 tahun itu kini menang 12 perlumbaan musim ini dan hampir pasti akan merangkul gelaran ketiga berturut-turut F1 selepas memecahkan rekod dikongsi bersama Sebastian Vettel dengan menang di Zandvoort minggu lalu.
Pemandu Belanda itu menjadikan ia 10 kemenangan berturut-turut dalam aksi tergendala 20 minit dan dipendekkan kepada 51 pusingan selepas jentera Yuki Tsunoda dari Alpha-Tauri mengalami kegagalan pada awal perlumbaan. – AFP, BH Online –
Imedikel TV






