Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sebagai pemegang rekod lagu nombor satu paling lama di Carta RIM selama 27 minggu.
Lagu Masing-Masing dimuatkan dalam album kedua Ernie berjudul Aura yang dilancarkan pada 2023.
Kembara Ernie ke tahap lebih tinggi berterusan kerana Masing Masing turut mendominasi carta muzik dan menjadi karya balada digilai pendengar sekitar rantau Asia Tenggara.
Malah, Masing Masing turut dijadikan satu daripada runut bunyi drama rantaian popular Indonesia berjudul Luka Cinta sehingga mencetus fenomena di Nusantara.
Ernie berkata, dia terharu dan bersyukur dengan pencapaian dilakar lagu itu.
“Kembara ini menjadi bukti kasih sayang serta jalinan peminat terhadap muzik saya,” katanya.-HMetro Online-
IMedikel TV






