Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT 9,536 ORANG

MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENINGKAT 9,536 ORANG

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat 9,536 orang dan ditempatkan di 40 Pusat Pemindahan Sementara setakat jam 4.00 petang ini.

Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jumlah mangsa tersebut terdiri daripada 3,519 keluarga di empat daerah di negeri ini.

Daerah termasuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Tumpat merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 5,036 orang daripada 1,976 keluarga kini berlindung di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kota Bharu pula mencatat 2,468 mangsa daripada 891 keluarga dan dipindahkan ke 19 PPS.

Manakala 1,889 mangsa banjir direkodkan di Bachok terdiri daripada 609 keluarga dan dipindahkan ke tujuh PPS.

Daerah Pasir Puteh pula meningkat seramai 143 mangsa banjir daripada 43 keluarga dan berlindung di satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Ru, Semerak.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here