Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR CECAH HAMPIR 3,000 DI 4 DAERAH PAHANG

MANGSA BANJIR CECAH HAMPIR 3,000 DI 4 DAERAH PAHANG

223
0

Seramai 2,978 mangsa banjir daripada 874 keluarga sedang berlindung di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat Daerah Negeri ini, setakat jam 8 pagi tadi, meningkat berbanding 2,641 orang (816 keluarga) pada petang semalam.

Sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, empat daerah terjejas banjir ialah Rompin, Temerloh, Bera dan Maran.

Rompin merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 2,615 orang, diikuti temerloh (305) dan masing-masing 29 orang di maran serta bera.

sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramalkan di Rompin, hari ini.

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di pekan, manakala hujan berterusan tahap waspada diramalkan di Maran, Kuantan dan Bera.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, tiga sungai di pahang masih merekodkan bacaan paras air melepasi tahap bahaya, setakat jam 8 pagi tadi.

sungai berkenaan ialah sungai keratong di jambatan Bahau, Keratong, Rompin; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Paras air dua sungai di Bera pula melepasi tahap amaran, iaitu sungai Triang dan sungai Bera di jambatan sungai Bera.

Seterusnya, empat sungai yang mencatat paras air melepasi tahap waspada ialah sungai Belat di Seri Damai, Kuantan; sungai Semantan di jambatan kereta api Mentakab, Temerloh; dan sungai Jempol di rancangan Felda Jengka serta sungai pahang di kampung Chenor, Maran.

Sumber: BH Online

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here