Home Buletin Semasa MANFAAT CUTI PERSEKOLAHAN DI TEMPAT PERANGINAN

MANFAAT CUTI PERSEKOLAHAN DI TEMPAT PERANGINAN

188
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JERTEH: Tempat peranginan menjadi salah satu tempat yang wajib dikunjungi setiap kali musim cuti persekolahan.

Pengunjung Abdul Muizz Mohd Rasani, 35, dari Kota Bharu, berkata dia dan keluarga pertama kali datang ke Lata Kolam Air Deru Ecopark, di sini.

Abdul Muizz (kiri) bersama isteri dan anaknya ketika berkunjung di Lata Kolam Air Deru Ecopark, di sini.

“Saya tidak merancang untuk datang ke sini, lagipun cuti sekolah sangat singkat. Namun, adik beradik yang menetap di kampung bercadang untuk datang ke sini.

“Memang sangat berpuas hati, tempatnya sangat cantik, sangat berbaloi walau mengambil masa dua jam dari Kota Bharu.

“Anak-anak pun sangat seronok, insyaAllah lain kali kami akan ke sini lagi,”katanya ketika ditemui, di sini, pada Ahad.

Abdul Muizz yang juga seorang guru di Shah Alam, berkata walaupun percutian singkat tetapi dapat juga dimanfaatkan dengan baik sekiranya bijak mengurus masa.

Manakala Ainul Mardhiah, 9, berkata dia seronok dan gembira berkunjung ke lata tersebut.

Ainul Mardhiah, 9, seronok berkunjung di Lata Kolam Air Deru Ecopark, di sini.

“Seronok kerana dapat berkumpul dan bermain dengan sepupu. Jarang dapat berkumpul dengan sepupu di Kelantan.

“Tempat ini pun sangat cantik,”katanya.

Setiap kali tiba musim cuti persekolahan, warga Pantai Timur sentiasa mengambil peluang untuk pulang ke kampung masing-masing.

Orang ramai mandi manda di Lata Kolam Air Deru Ecopark.

Bukan sahaja teruja untuk berkumpul dengan keluarga malah ada yang suka meneroka tempat makan yang menarik dan juga tempat peranginan yang lebih menarik, bukan sahaja di Kelantan malah di Terengganu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here