Home Segmen Kesihatan GIGI BERLUBANG BOLEH MENGANCAM NYAWA

GIGI BERLUBANG BOLEH MENGANCAM NYAWA

345
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Masalah gigi berlubang adalah masalah yang biasa dialami oleh orang ramai bukan sahaja kepada kanaka-kanak tetapi orang dewasa juga mengalaminya.

Kebiasannya gigi berlubang berlaku akibat kerap memakan makanan atau minuman manis yang diikuti dengan kebersihan gigi dan mulut yang tidak terjaga sehingga kemudian memunculkan plak gigi.

Plak yang terkumpul itulah yang kemudian merosakkan lapisan gigi dan menyebabkan gigi berlubang.

Tanpa disedari sekiranya tidak dirawat ia boleh mendatangkan pelbagai komplikasi yang melibatkan nyawa seseorang.

Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana pelbagai risiko boleh berlaku akibat jangkitan gigi berlubang seperti bahagian muka bengkak sehingga ke bahagian mata.

Sekiranya seseorang itu mempunyai insiatif awal untuk menampal gigi atau mencabut gigi berlubang, ia boleh mengurangkan komplikasi yang akan berlaku.

Oleh kerana itu, penting bagi seseorang untuk segera mendapatkan nasihat doktor gigi sekiranya mempunyai rasa ngilu atau sakit sebaik minum atau makan makanan manis.

FASA-FASA KOMPLIKASI AKIBAT GIGI BERLUBANG

1.FASA PERTAMA

-Sekiranya gigi berlubang kecil tidak sampai ke bahagian saluran akar, seseorang akan terasa sensitif lebih-lebih lagi setiap kali minum air sejuk. Masalah sebegini boleh dirawat dengan menampal sahaja.

2.FASA KEDUA

-Gigi berlubang yang telah sampai ke saluran akar gigi akan terasa sakit yang amat sangat sehingga mengganggu waktu tidur dan kemngkinan memerlukan rawatan saluran akar.

3.FASA KETIGA

-Fasa ketiga pula, jangkitan gigi berlubang telah berada dipenghujung akar dan nanah terkeluar sekiranya gusi yang bengkak dipicit.

4.FASA KEEMPAT

-Ini sudah dikira fasa yang membimbangkan iaitu bahagian muka atau bawah dagu membengkak, apabila dipegang ianya terasa keras dan pesakit akan terasa sakit kerana di dalamnya terkandung nanah. Untuk mengatasinya nanah tersebut perlu dibuang melalui proses pembedahan.

5.FASA KELIMA

-Paling menyakitkan adalah apabila gusi tersebut membengkak sehingga sukar untuk bernafas.  Kes ini dinamakan ludwig angina dan ia memelukan rawatan kecemasan segera di hospital. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, mungkin nyawa akan melayang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here