Home Buletin Semasa KEINDAHAN DAN TARIKAN LATA KOLAM HULU BESUT

KEINDAHAN DAN TARIKAN LATA KOLAM HULU BESUT

184
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JERTEH: Terdapat banyak tempat peranginan yang indah untuk dikunjungi di seluruh negara.

Jika pelancong datang ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. 

Antaranya Lata Kolam Air Deru Ecopark, di sini yang mempunyai tarikan tersendiri.

Mengambil masa selama 40 minit dari Bandar Jerteh, melalui Jalan Kolam Air Panas Kampung La juga melalui kebun kelapa sawit dengan jarak 34 kilometer (km).

Pengunjung datang dari pelbagai negeri khususnya Kelantan.

Apa yang menariknya, keindahan air yang menghijau dan suhunya yang sejuk sangat menarik perhatian ramai.

Mempunyai kemudahan asas seperti tempat parking yang luas, tandas, tong sampah dan juga surau untuk pengunjung.

Bukan itu sahaja, Lata Kolam Air Deru Ecopark menerima anugerah daripada Malaysian Tourism Council Gold Awared 2022.

Bagi mereka yang suka berkhemah, mereka boleh meluangkan waktu untuk mengadakan perkehmahan bersama keluarga dan juga rakan-rakan kerana pihaknya menyediakan tapak perkhemahan.

Waktu operasi bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang.

Bayaran masuk pula adalah dewasa sebanyak RM3, kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM2 manakala percuma kepada kanak-kanak bawah 6 tahun dan Orang kelainan Upaya (OKU).

Sedikit maklumat, Lata Kolam adalah hutan simpan yang kedua di Malaysia diberikan kepercayaan oleh pihak berwajib untuk dijaga dan diuruskan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here