Home Buletin Semasa MALAYSIA TERUS BERDIRI TEGUH PERTAHAN KEBENARAN RAKYAT GAZA– PM

MALAYSIA TERUS BERDIRI TEGUH PERTAHAN KEBENARAN RAKYAT GAZA– PM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia akan terus berdiri teguh mempertahankan kebenaran dan menentang kezaliman rejim Zionis yang terus menindas rakyat Palestin di Gaza.

Beliau berkata Malaysia akan terus bermuafakat dengan negara sahabat, dunia Islam dan blok kemanusiaan sejagat dalam merealisasikan misi bantuan serta membuka jalan kepada keamanan yang hakiki demi melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bermaruah.

“Saya amat tersentuh melihat lautan manusia yang hadir dengan jiwa penuh kasih dan keberanian.

“Mereka datang bukan kerana dipaksa tetapi kerana hati nurani yang menolak kezaliman dan menuntut keadilan. Inilah wajah sebenar Malaysia, bangsa yang berprinsip, berjiwa besar dan tidak rela melihat penindasan bermaharajalela,”katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya Malaysia tidak gentar memperjuangkan kebenaran dan akan terus berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan, menentang kekejaman rejim Zionis dan menuntut agar bantuan kemanusiaan disalurkan segera kepada rakyat Gaza.

Beliau menegaskan bahawa selagi bumi Gaza terus dibantai dan dinodai, Malaysia tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan terus bersuara di jalanan, pentas dunia, dan di setiap ruang hati rakyat Malaysia.

“Malam tadi, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa berhimpun sebagai satu hati, menyuarakan solidariti buat saudara-saudara kita di Gaza yang terus dizalimi dan dinafikan hak menerima bantuan kemanusiaan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here