Home Buletin Semasa LOKASI TRAGEDI KEPALA AIR KORBAN 9 BERANAK TUMPUAN KAKI PANCING, RIADAH

LOKASI TRAGEDI KEPALA AIR KORBAN 9 BERANAK TUMPUAN KAKI PANCING, RIADAH

268
0

TERENGGANU: Lokasi tragedi kepala air yang mengorbankan 10 individu termasuk sembilan beranak di Jeram Air Putih berhampiran Kampung Teladas, di sini sering menjadi tumpuan dalam kalangan kaki pancing.

Kawasan itu dikatakan terletak berhampiran Hutan Simpan Bukit Banui itu turut menjadi lokasi riadah dan perkelahan di situ.

Terletak kira-kira 14 kilometer (km) dari Kampung Air Putih, dekat sini, jeram di Sungai Air Putih itu boleh diakses menggunakan kenderaan biasa pada jarak lapan km.

Bagaimanapun, untuk ke kawasan perkelahan itu pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda berikutan keadaan jalan yang berbatu dan tidak sesuai dengan kenderaan biasa membabitkan jarak sejauh enam kilometer.

Selain itu, kawasan berkenaan juga tidak mempunyai penduduk dengan kampung terdekat adalah Kampung Air Putih

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, biasanya, hanya mereka yang mahir mampu mengendalikan kenderaan di laluan berkenaan.

Beliau berkata, kebanyakan pengunjung akan memaklumkan kepada polis sekiranya mereka mahu memasuki kawasan berkenaan.

“Biasanya kita akan beri nasihat kepada mereka ini dengan melihat keadaan cuaca dan sebagainya,” katanya.

Utusan Malaysia

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here