Home Sukan LIVERPOOL TIDAK MAMPU MENANG LIGA-CARRAGHER

LIVERPOOL TIDAK MAMPU MENANG LIGA-CARRAGHER

152
0

LIVERPOOL: Jamie Carragher menegaskan Liverpool tidak akan mampu bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris selagi mereka tidak membawa pemain tengah dan seorang lagi pertahanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mengharungi permulaan kempen memberangsangkan dan kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, tiga mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Bagaimanapun, keputusan 1-1 di Luton pada Ahad mendedahkan kelemahan mereka dan legenda kelab, Carragher memberikan pendapatnya.

“Apa yang Liverpool harungi sepanjang 18 bulan lalu, mereka jauh lebih baik musim ini, namun masih tidak sebagus Manchester City dalam menyekat serangan balas.

“Lawan sering menemui ruang di bahagian belakang untuk menyerang Liverpool. Luton tidak mempunyai kualiti untuk menghukum mereka kecuali gol yang kita saksikan,” kata Carragher.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Alexis Mac Allister, yang menyertai Liverpool dari Brighton, mengawal bahagian bawah barisan tengah sepanjang musim ini.

Walaupun Carragher yakin Mac Allister seorang pemain berbakat, pemain 24 tahun itu tidak sesuai bermain di posisi bawah.

Carragher mendapati Mac Allister bergelut ketika bertahan dan Liverpool perlu mengukuhkan bahagian berkenaan.

Legenda Liverpool itu turut menggesa Klopp membawa masuk seorang lagi pertahanan, terutama di bahagian kanan bagi membolehkan Trent Alexander-Arnold sesekali bermain di bahagian tengah.

“Saya rasa Liverpool belum bersedia untuk memenangi liga. Jurgen Klopp dan penyokong Liverpool sedar perkara itu.

“Mereka mahu kembali ke kelompok empat teratas tetapi untuk menjuarai liga, saya rasa mereka perlukan seorang pemain tengah dan pertahanan berkualiti,” katanya.

Liverpool berdepan Toulouse dalam aksi Liga Europa pada Khamis sebelum kembali ke aksi liga di Anfield menentang Brentford tiga hari kemudian. – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here