LONDON: Perlawanan pertama pengurus Liverpool Arne Slot di Anfield bermula dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Sevilla.
Slot mengambil alih jawatan pengurus Reds selepas pemergian Jurgen Klopp dan pasukannya turun menentang pasukan La Liga itu dengan rekod kemenangan ke atas Real Betis, Arsenal, dan Manchester United semasa lawatan pra-musim mereka di Amerika Syarikat.
Diogo Jota memberikan Liverpool pendahuluan apabila dia melepaskan voli kaki kiri dari hantaran Trent Alexander-Arnold.
Alexander-Arnold, Alisson Becker, Luis Diaz, Virgil van Dijk, dan Alexis Mac Allister kesemuanya memulakan perlawanan pra-musim pertama mereka untuk Reds
Diaz menjaringkan dua gol lagi untuk pasukan tuan rumah sebelum separuh masa hasil bantuan jaringan oleh Jota dan Dominik Szoboszlai.
Peque Fernandez menjaringkan gol untuk Sevilla selepas rehat sebelum pemain gantian Liverpool yang berusia 17 tahun, Trey Nyoni, menambah gol keempat pasukannya dengan penyudah cemerlang.
Liverpool kemudian bermain menentang Las Palmas di Anfield dalam perlawanan persahabatan tertutup dengan Darwin Nunez membuat penampilan pra-musim pertamanya selepas kembali dari tugas Copa America bersama Uruguay.
Sementara itu Chelsea menutup persiapan pra-musim yang mengecewakan dengan keputusan seri 1-1 menentang Inter Milan di Stamford Bridge.
Skuad kendalian Enzo Maresca menamatkan kempen dengan tiga kekalahan dalam enam perlawanan dan jaringan lewat permainan Lesley Ugochukwu menyelamatkan Chelsea daripada satu lagi kekalahan.
Pengendali dari Itali itu menurunkan skuad terbaiknya menentang juara Serie A menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris hujung minggu depan.
Cole Palmer, yang diberikan cuti tambahan selepas mara ke final Euro 2024 bersama England, diturunkan buat pertama kali bersama Marc Cucurella dan Nicholas Jackson.
Chelsea ketinggalan selepas 26 minit hasil jaringan Marcus Thuram dari luar kotak penalti.
Anak buah Maresca menguasai permainan dan mempunyai beberapa percubaan tetapi tidak ada yang mampu mengancam gawang Inter. – AGENSI, HMetro Online –
IMedikel TV






