LONDON: Manchester United meredakan tekanan ke atas pengendalinya, Erik ten Hag dengan menewaskan Luton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.
Selepas tewas di Copenhagen dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu, United bangkit merakam kemenangan dalam saingan liga hasil jaringan tunggal Victor Lindelof.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Dalam 10 perlawanan di laman sendiri sebelum ini, United tewas lima daripadanya – permulaan terburuk kempen di Old Trafford sejak musim 1930-31, yang menyaksikan mereka tersingkir daripada liga tertinggi Inggeris.

United juga tewas tiga kali dalam empat perlawanan terakhir mereka yang menyebabkan tekanan kembali memuncak ke atas Ten Hag.
United yang menghuni tangga keenam liga, membuka jaringan pada minit ke-59 hasil sepakan sudut Bruno Fernandes yang sampai kepada Marcus Rashford, dan hantaran lintang pemain itu disempurnakan oleh Lindelof.
“Ia hari yang baik. Kami memerlukan kemenangan dan memperolehinya, tetapi kami sepatutnya mengambil jalan lebih mudah dengan menjaringkan gol awal serta meledak gol kedua.
“Saya perlu memuji pasukan yang terus berusaha, kekal berdisiplin dan tidak memberikan ruang kepada lawan,” kata Ten Hag. – AFP
-BH ONLINE-
Imedikel TV






