Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di lima negeri sehingga esok.
METMalaysia dalam kenyataan hari ini, berkata hujan berterusan itu diramal di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.
IMedikel TV






