Hulu Selangor, SELANGOR: Lima individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18 Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata kejadian jam 4.45 petang itu membabitkan kereta Toyota Camry, Proton Saga dan Perodua Bezza.
Bagaimanapun, katanya maklumat kesemua mangsa belum diperolehi kerana mereka masih mendapatkan rawatan di hospital.
“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Camry dibawa ke Hospital KPJ Rawang manakala pemandu Proton Saga dibawa ke Hospital Selayang.
“Mangsa Perodua Bezza yang membabitkan pemandu dan dua penumpang juga dibawa ke Hospital Selayang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Ahmad Faizal berkata, setakat ini kesemua mangsa belum hadir membuat laporan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Sumber BH Online
Imedikel TV






