Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Biasanya ada dalam kalangan individu tiba-tiba sahaja merasakan lelangit mereka tanpa mengetahui asbab.
Mereka merasa tidak selesa pada lelangit malah boleh merebak ke bibir sampai gatal pada kerongkong.
Untuk mengetahui apa punca atau penyebab lelangit gatal, ikuti artikel kesihatan untuk kali ini.
1. Elergi
Medical News Today melaporkan lelangit mulut terasa gatal boleh disebabkan reaksi elergi terhadap makanan tertentu seperti epal, kekacang, makanan laut atau pun susu.
Ia boleh membuatkan lelangit rasa gatal serta kesemutan selain bibir rasa gatal dan bengkak, kerongkong gatal dan lidah bengkak.
Elergi ini biasanya dapat sembuh dengan sendirinya jika tidak teruk. (MStar)
2. Jangkitan virus
Antara penyebab lain lelangit gatal boleh disebabkan jangkitan virus yang menyerang saluran pernafasan. Ketika jangkitan virus ini berlaku, sistem pertahanan tubuh akan menghantar sel khusus untuk menangkap dan menghancurkan virus tersebut.(MStar)
Ia menyebabkan keradangan dan boleh menyebabkan lelangit rasa gatal – lebih parah ia juga boleh menyebabkan seseorang sakit tekak dan mengalami demam.
Biasanya, pengambilan paracetamol, ubat batuk dan antibiotik boleh membantu menyembuhkan sakit itu.
3. Ulser
Ulser juga boleh menyebabkan lelangit mulut terasa gatal, panas dan sakit. Lebih menyakitkan jika ulser turut terjadi di bahagian lelangit.
Ulser biasanya mudah terjadi pada orang yang memakai gigi palsu, merokok, mengambil pil antibiotik dan pesakit diabetes.
Cara mengatasinya boleh dilakukan dengan pengambilan ubat anti kuman untuk ulser dalam bentuk pil atau pun cecair. (MStar)

Sehubungan itu, bagi mengatasi berlakunya kegatalan pada lelangit anda boleh mengelakkan punca alahan. Anda perlu mengenal pasti dan menjauhi alergen yang menyebabkan reaksi, seperti makanan tertentu.
Selain itu, anda perlu menjaga kebersihan mulut. Mungkin anda boleh berkumur dengan air garam suam atau pencuci mulut antiseptik bagi membantu mengurangkan keradangan dan rasa gatal.
Namun, jika gejala berterusan anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk rawatan lanjut.
IMedikel TV






