Home Buletin Semasa AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI SARAWAK, SABAH DAN LABUAN

AMARAN HUJAN BERTERUSAN DI SARAWAK, SABAH DAN LABUAN

206
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 22 Disember ini.

Di Sarawak amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu manakala pada tahap waspada di kawasan Kapit (Song & Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri & Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula amaran hujan berterusan tahap waspada di kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), dan Kudat termasuk di Labuan.

Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here