Home Buletin Semasa LELAKI WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH

LELAKI WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH

271
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda dan motosikal jenis Nissan Central di Kilometer 43 Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu (Kampung Wakaf Bunut), di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.50 pagi tadi, sebuah kereta yang dipandu remaja perempuan berumur 27 tahun dipercayai terbabas dan memasuki jalan dari arah bertentangan.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta berkenaan dari arah Kampung Tok Kamis menghala ke Bandar Pasir Puteh, apabila sampai di lokasi kemalangan, kereta itu terbabas dan memasuki jalan yang dilalui oleh penunggang motosikal dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal terbabit berumur 77 tahun sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan boleh terus ke balai berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di talian 013-6706156.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here