Home Buletin Semasa LELAKI OKU MANGSA SEKS LUAR TABII

LELAKI OKU MANGSA SEKS LUAR TABII

216
0

BATU GAJAH: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii oleh seorang lelaki di sebuah pondok kebun sayur di Batu Gajah, di sini, ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata dalam kejadian itu, lelaki oku lemah intelektual berusia 28 tahun itu diperdaya, kononnya mahu dihantar pulang ke rumah oleh lelaki berusia 36 tahun, sebelum dipaksa melakukan perbuatan keji itu kira-kira 4 petang.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 4.32 petang ahad lalu sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, bertindak atas maklumat, suspek ditahan jam 11.30 pagi isnin lalu oleh sepasukan polis daripada bahagian siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah dan turut merampas sebuah kereta serta telefon bimbit.

Menurutnya mangsa dipaksa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii selepas suspek memperdayakan mangsa.

Beliau berkata kes disiasat mengikut seksyen 377B kanun keseksaan dan suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam (selasa) hingga 6 mei ini.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi polis atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-3976564 untuk membantu siasatan.

Sumber Bh Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here