Bintangor, SARAWAK: Lelaki kurang upaya (OKU) yang terjatuh ke dalam Sungai Stubah, dekat sini, ketika mengangkat bubu semalam, ditemukan terapung di kawasan hilir sungai berkenaan, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicbolas Belulin, memaklumkan mayat mangsa ditemui terapung jam 1.05 tengah hari, kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat oleh penduduk.
“Mayat dibawa ke jeti pangkalan rumah panjang, proses pengecaman dilakukan sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan ketika ditemui, mayat mangsa berseluar pendek itu dalam keadaan menelungkup dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh.
Berikutan penemuan itu, opersi mencari mangsa yang masuk hari kedua hari ini ditamatkan.
Lelaki berkenaan yang juga menghidap penyakit sawan, dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika sedang mengangkat bubu, tengah hari semalam.
Sumber BH Online
Imedikel TV






