Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang pekerja lelaki berumur 22 tahun meninggal dunia di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTISP), Pengkalan Chepa, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 5.24 petang.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), pada jam 6.00 petang bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atau Sudden Death Report (SDR),” katanya dalam kenyataan semalam.
Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan serta menghormati privasi keluarga mangsa.
IMedikel TV






