Home Buletin Semasa LELAKI MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH HILANG KAWALAN KETIKA MEMOTONG

LELAKI MAUT DALAM KEMALANGAN DI PASIR PUTEH HILANG KAWALAN KETIKA MEMOTONG

172
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Seorang lelaki berusia 51 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Wakaf Raja, di sini semalam hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata, mangsa yang memandu Toyota Estima dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu cuba memotong sebuah Toyota Camry dari sebelah kiri.

“Ketika sedang memotong, mangsa hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya terbabas.

“Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan sebelum dilanggar oleh kenderaan lain yang datang dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Saari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan di balai polis berdekatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here