Home Buletin Semasa LELAKI DISYAKI TERBABIT CURI MOTOSIKAL, PECAH MASUK DITAHAN

LELAKI DISYAKI TERBABIT CURI MOTOSIKAL, PECAH MASUK DITAHAN

57
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam satu kes curi motosikal dan satu kes curi dalam bangunan di daerah ini menerusi operasi yang dijalankan pada 15 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Intan, di sini.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, polis merampas sebuah motosikal Honda yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, sebuah motosikal jenama SYM, tiga batang kunci motosikal, sebuah topi keledar berwarna biru serta lima papan telur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu positif dadah, manakala semakan rekod jenayah lampau menunjukkan suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, kes curi motosikal disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Katanya, siasatan bagi kes curi dalam bangunan pula dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here