Home Luar Negara LELAKI BOGEL BUNUH WANITA BERJOGING DI TEPI TASIK

LELAKI BOGEL BUNUH WANITA BERJOGING DI TEPI TASIK

ZURICH: Malang nasib seorang wanita selepas dibunuh ketika berjoging oleh seorang lelaki berbogel di taman di tepi tasik di Switzerland, petang Selasa lalu.

Menurut polis bandar ini, kejadian di Mannedorf itu di tepi Tasik Zurich kira-kira 20 kilometer (km) dekat tenggara bandar terbesar Switzerland, Zurich.

Berikutan kes itu, seorang suspek berusia 19 tahun ditahan.

“Pada petang Selasa, seorang parah selepas diserang oleh seorang lelaki di Mannedorf,” kata polis, sambil menambah bahawa wanita itu keluar berjoging.

“Sejurus sebelum 8 malam waktu tempatan, orang yang lalu lalang melaporkan seorang lelaki di Alma Park berlari berbogel, menjerit dan menyerang orang lain secara fizikal.

“Perkhidmatan kecemasan yang segera tiba di lokasi menemukan seorang wanita yang parah dan terbaring di tanah.

“Walaupun cuba diselamatkan, wanita itu meninggal dunia akibat parah.

“Suspek yang disyaki adalah warga Switzerland, berusia 19 tahun, turut ditemukan di lokasi dan dia ditahan polis,” kata polis.

Polis berkata, mereka juga sedang menyiasat latar belakang serangan itu dan sama ada suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain.

Selepas disoal siasat polis, suspek ditahan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk jenayah kekerasan yang serius. – AFP, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here