Home Buletin Semasa LEBIH 100 JEMAAH SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI MASJID AL-MUTTAQIN

LEBIH 100 JEMAAH SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI MASJID AL-MUTTAQIN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Lebih 100 jemaah menyertai program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Muttaqin, Lundang, di sini, semalam yang diisi dengan perarakan, selawat serta ceramah khas bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Imam Tua Masjid Mukim Al-Muttaqin, Zamri Sulaiman, berkata program bermula dengan perarakan dari pekarangan masjid ke kawasan sekitar Taman Al-Muttaqin sebelum kembali semula ke perkarangan masjid.

Menariknya, acara perarakan turut disertai simbolik berkuda sekali gus menambah keceriaan sambutan.

“Jadi kita mengadakan program ini adalah bertujuan untuk menzahirkan dan menyatakan bahawasanya keimanan, ketakwaan kita dan kasih cinta kepada Rasulullah SAW.

“Kita dengar dan memperbanyakkan selawat sepanjang jalan. Sama-sama kita hendak menyatakan cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW.

“Baginda yang menyinari hidup kita, kelahiran baginda yang membawa cahaya, iman dan keyakinan kepada Allah,”katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dalam pada itu, dia turut mengakui sebahagian anak muda kini lebih banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit, namun tidak menolak bahawa program selawat yang disusun dengan baik masih mendapat sambutan golongan itu.

“Contohnya, program selawat anjuran pondok selama 40 hari 40 malam yang kita lihat berjaya menarik ramai anak muda memenuhi masjid-masjid. Ini satu perkembangan yang menggembirakan,” katanya.

Majlis turut disusuli dengan ceramah khas Maulidur Rasul selepas solat Maghrib.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here