Home Sukan LAVIA, SEDIA KE CHELSEA

LAVIA, SEDIA KE CHELSEA

LONDON: Romeo Lavia dijangka menyertai Moises Caicedo ke Chelsea, dan Liverpool mungkin kehilangan seorang lagi pemain tengah sasaran utama mereka.

Pasukan Jurgen Klopp kecewa minggu lalu selepas Caicedo memutuskan untuk memilih Chelsea berbanding Liverpool serta bersetuju dengan yuran perpindahan £111 juta (RM652 juta) bersama Brighton.ds by

Kini pemain muda Belgium, Lavia kemungkinan besar mengikut jejak itu dan memilih Chelsea berbanding Liverpool.

Tiga tawaran The Reds ditolak terhadap pemain berusia 19 tahun itu, dengan cubaan terbaharu £45 juta (RM264 juta) kurang £5 juta (RM29 juta) daripada harga yang diminta Southampton.

Kelab itu enggan membayar £50 juta (RM293 juta) terhadap pemain yang hanya berpengalaman setahun di liga utama.

Lavia bersetuju dengan terma peribadi bersama Chelsea untuk berpindah semalam, dengan harga £50 juta tidak termasuk tambahan lain dijangka dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang.

The Reds berasa dipermainkan oleh Caicedo, yang mungkin menggunakan minat Liverpool untuk memaksa Chelsea memenuhi yuran perpindahan dikehendaki.

Ia menyebabkan Liverpool terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan selepas Jordan Henderson dan Fabinho meninggalkan kelab pada musim panas kali ini.

Bintang Fulham, Joao Palhinha menarik minat di Anfield, tetapi harga diminta £60 juta (RM352 juta) mungkin menyukarkan pemain berusia 28 tahun itu untuk berpindah.

Kelab itu turut mengintai pemain tengah Fluminense, Andre dua minggu lalu, Cheick Doucoure di Crystal Palace, pemain Nice, Khephren Thuram, pemain Manchester City, Kalvin Phillips dan Sofyan Amrabat dari Fiorentina. – AGENSI, BH Online.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here