Home Buletin Semasa KPWKM TIDAK PANDANG REMEH KESELAMATAN GOLONGAN RENTAN

KPWKM TIDAK PANDANG REMEH KESELAMATAN GOLONGAN RENTAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak memandang remeh akan penjagaan keselamatan golongan rentan dalam menangani cabaran era masa kini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil inisiatif dengan melancarkan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) sebagai tanda prihatin akan golongan tersebut.

“Direktori ini merupakan dokumen rujukan yang digunakan untuk menyantuni kumpulan sasar dalam komuniti sekaligus mempercepatkan tindakan yang boleh diambil di peringkat komuniti.

“Isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti khususnya kanak-kanak, golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas serta mangsa keganasan rumahtangga perlu menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya komuniti setempat,” katanya.

Jelas Nancy, CBO menjadi asas kepada pembangunan komuniti yang didorong oleh anggota komuniti tersendiri.

“KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyeru komuniti setempat, memanfaatkan sistem Talian Kasih 15999 atau whatsapp 019- 2615999 apabila berlakunya kes-kes penderaan yang melibatkan anggota masyarakat dan komuniti khususnya kanak-kanak untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan segera.

“Masyarakat juga boleh membuat aduan melalui Aplikasi Mobil Talian Kasih yang beroperasi 24 jam sehari tanpa henti,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here