Home Buletin Semasa KPT PANDANG SERIUS ISU SALAH LAKU DI IPT

KPT PANDANG SERIUS ISU SALAH LAKU DI IPT

174
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius sebarang isu yang melibatkan mana-mana salah laku dan pelanggaran tatacara dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

KPT dalam suatu kenyataan media, berkata ia berhubung dakwaan gangguan seksual yang membabitkan seorang pensyarah di sebuah IPT.

“Berkenaan dengan laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di Universiti Malaya (UM), pihak universiti juga tidak pernah mengambil ringan laporan sebegini. Kementerian dimaklumkan isu ini telah ditangani secara rasmi sejak tarikh aduan diterima, dan Unit Integriti UM sedang menjalankan siasatan secara aktif.

“Semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya. UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkahlangkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak. Kenyataan media berhubung kes ini turut dikeluarkan oleh pihak universiti sebelum ini,”menurut kenyataan media.

Menurut kenyataan itu, difahamkan, individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis, dan siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Kementerian menegaskan bahawa sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung,”katanya.

Sehubungan itu, Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan. Kementerian dan pihak UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bersalah melakukan pelanggaran undang-undang dan tindakan tatatertib yang tegas akan diambil.

Dalam pada itu media melaporkan Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menegaskan, sebarang tindakan mesti selaras dengan undang-undang kerana pelanggaran tatacara perundangan dianggap sebagai mencabuli proses siasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here