Home Buletin Semasa KPM TAMPIL BAGI PENJELASAN BERKENAAN VIDEO TULAR

KPM TAMPIL BAGI PENJELASAN BERKENAAN VIDEO TULAR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) kesal dengan video tular seorang pempengaruh politik yang cuba mengelirukan masyarakat dengan mendakwa Lagu Negaraku telah dinyanyikan bukan dalam Bahasa Kebangsaan pada satu acara yang telah berlangsung di sebuah sekolah di negeri Perak.

KPM dalam kenyataan pada Jumaat berkata lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa.

“Sebaliknya, ia adalah lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan” yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak. Lagu yang dinyanyikan ini adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.

“Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu “Allah Lanjutkan Usia Sultan” dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul,”menurut kenyataan itu.

Seluruh masyarakat dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.

Syawal adalah bulan kemenangan mengembalikan fitrah. Justeru, ia sepatutnya diraikan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, bukan dengan tipu daya dan adu domba yang boleh merosakkan kestabilan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here