Home Buletin Semasa KPM PANDANG SERIUS ISU PEMALSUAN SIJIL SAKIT DALAM INSTITUSI PERGURUAN

KPM PANDANG SERIUS ISU PEMALSUAN SIJIL SAKIT DALAM INSTITUSI PERGURUAN

174
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius satu laporan media baru-baru ini yang mengaitkan guru sebagai penjawat awam yang paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC).

Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek dalam suatu kenyataan, dakwaan tersebut memberi persepsi negative kepada pihak guru.

“Dakwaan ini adalah tidak bertanggungjawab dan memberi persepsi negatif terhadap profesion keguruan. Pada waktu ini terdapat lebih 400,000 orang guru di seluruh negara yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti.

“Isu ini tidak sepatutnya berbangkit. Tatakelola penjawat awam sentiasa diberi perhatian bagi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat. Kementerian juga mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat awam,”katanya dalam kenyataan.

Katanya pemantauan dilaksanakan secara berterusan di setiap peringkat dan penjawat awam yang terlibat dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan.

“Kerajaan MADANI menghargai peranan penting guru membangunkan negara. Sebagai penghargaan kepada sumbangan guru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam pada bulan Ogos lalu.

“KPM juga melaksanakan pelbagai usaha untuk memelihara kesejahteraan warga pendidik termasuk menerusi tujuh langkah bagi menangani beban tugas guru,”katanya.

Beliau berkata KPM tekad untuk terus memartabatkan profesion keguruan. Profesionalisme guru mendidik anak bangsa perlu disanjung tinggi oleh seluruh lapisan masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here