Home Buletin Semasa AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEJAK DIBANGKU SEKOLAH JULANG GELARAN WANITA IKON MUDA...

AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEJAK DIBANGKU SEKOLAH JULANG GELARAN WANITA IKON MUDA 2024/2025

197
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Minat mendalam dalam aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah, mendorong Amal Hayati Mohd Yusoff, 31, menjulang gelaran Wanita Ikon Muda Kelantan 2024/2025 .

“Saya memang minat dalam aktiviti kemasyarakatan sejak dari sekolah, universiti hingga sekarang, Saya sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

“Gelaran ikon ini diberikan kepada wanita-wanita yang aktif untuk dua tahun sekali. Jadi tahun ini saya dapat untuk tahun 2024 dan 2025,”katanya.

Tambah Amal yang juga usahawan dan penulis buku, dia terasa sangat dekat dengan masyarakat apabila melakukan aktiviti tersebut dan sentiasa untuk mendekati mereka.

“Antara aktiviti kemasyarakatan yang saya dah lakukan adalah menyantuni asnaf, golongan belia, melawat tempat pemulihan akhlak bersama-sama belia yang menyokong daripada segi emosi, saya pergi ke sekolah-sekolah untuk memberi motivasi dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan selepas ini bersama Kelab Wanita Ikon Negeri Kelantan.

“Untuk adik-adik di luar sana, apa sahaja yang kita lakukan adalah mesti ada kesungguhan dan ketekunan. Tanpa dua benda tersebut kita tidak akan sampai ke tahap ini dan apa sahaja yang kita lakukan yang penting itu adalah kebaikan dan pasti akan kembali kepada kita,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here