Home Buletin Semasa KPKM SASAR RM50 JUTA UNTUK MIHAS 2023

KPKM SASAR RM50 JUTA UNTUK MIHAS 2023

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan RM50 Juta pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia MIHAS 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Setiausaha Bahagian Peniagaan dan Pelaburan Kementerian itu, Khalid Ibrahim, berkata dengan penglibatan 26 usahawan pada MIHAS tahun ini, potensi nilai jualan mampu menjana sasaran tersebut daripada aktiviti perniagaan dan produk siap yang dieksport.

Khalid Ibrahim, berkata dengan penglibatan 26 usahawan pada MIHAS tahun ini, potensi nilai jualan mampu menjana sasaran tersebut daripada aktiviti perniagaan dan produk siap yang dieksport.

Menurut Khalid, KPKM mengeksport nangka segar, selain memperkasa pengeksportan produk buah bernilai tinggi ke pasaran China, minggu ini.

“Buat masa ini nangka telah di eksport lebih 10 buah negara terutamanya di Timur Tengah dan juga rantau ini, tapi saya pasti saya amat yakin dengan kemasukan tenaga kita ke China akan membawa lembaran baru kepada sektor pertanian.”

Menurut Khalid, KPKM mengeksport nangka segar, selain memperkasa pengeksportan produk buah bernilai tinggi ke pasaran China, minggu ini.

Tambahnya, 26 usahawan yang terlibat di bawah bimbingan agensi kpkm antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Perindustian Nanas Malaysia (LPNM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil bahagian dalam pameran itu.

MIHAS 2023 dirasmikan oleh Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here