Home Buletin Semasa KPDN TUMPAS PENYELEWENGAN LPG BERNILAI RM28,380

KPDN TUMPAS PENYELEWENGAN LPG BERNILAI RM28,380

149
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam satu serbuan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM28,380.00.

Menurut kenyataan media, serbuan itu dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nombor di Kampung Baru Subang, Shah Alam, Selangor pada Rabu lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 1.30 petang itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum operasi dilancarkan.

Tiada individu ditemui semasa serbuan itu, namun hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis tersebut oleh pasukan serbuan telah menemukan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pemindahan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong lpg berkapasiti 12kg dan 14kg bersubsidi kepada tong lpg berkapasiti 50kg tidak bersubsidi.

Lpg 50kg itu seterusnya dipercayai akan dijual semula kepada pihak industri dengan harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar pasaran.

Beberapa unit tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 12kg, 14kg dan 50kg, alat timbang, set alat compressor, hos penyambung serta beberapa dokumen perniagaan lain yang turut ditemui telah disita bagi siasatan lanjut.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta mengenalpasti rantaian pengedaran lpg terbabit termasuk sumber lpg ini diperolehi dan diedarkan. – KPDN –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here