Home Buletin Semasa 80 PELAJAR PRA U SMKTPR DIRAI DALAM MAJLIS GRADUASI

80 PELAJAR PRA U SMKTPR DIRAI DALAM MAJLIS GRADUASI

148
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

PASIR MAS: Seramai 80 pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022 SMK Tengku Panglima Raja, diraikan dalam Majlis Anugerah Graduasi Sri Panglima, di sini, semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Cawangan Sukan dan Rekreasi, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Nik Mohd Mazuki Nik Mat, majlis itu bertujuan meraikan pelajar terlibat yang mendapat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Dua dari kiri Timbalan Pengarah Cawangan Sukan dan Rekreasi, KBS, Nik Mohd Mazuki Nik Mat.

“Majlis seperti ini adalah sebagai pemangkin semangat kepada mereka dan juga kepada pelajar lain untuk berjaya.

“Ini adalah salah satu penghargaan kepada mereka yang sudah memperoleh kejayaan sebelum ini, dan kita raikan mereka dalam majlis penuh gemilang ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Majlis Anugerah Graduasi Sri Panglima, di Dewan Serbaguna Kompleks Apam Putra, Lubuk Jong, di sini.

Dalam pada itu, dua pelajar terbaik Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) 2023, Muhammad Irfan Padzullah dan Asha Ayuni Mohd Wira menerima anugerah khas masing-masing mendapat keputusan band 5.0 dan 4.0.

Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar sekolah berkenaan menerima Anugerah Kebangsaan 2022 dan masing-masing menerima tawaran belajar di IPTA.

Pelajar berkenaan, Aisha Nasuha Zukri Suzita, melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda TESL, Rafiqah Iwani Hanafi, juga di universiti sama dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Pengajian Bahasa Melayu) dan Zahrah Zulkifli di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Sarjana Muda Sastera.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Datuk Abdullah Mat Yassim, barisan pentadbir, 28 tenaga pengajar akademik PRA U SMKTPR termasuk Penolong Kanan Tingkatan Enam, Ghazali Mat Zain dan ibu bapa pelajar.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here