Home Buletin Semasa KPDN TUMPAS CUBAAN SELUDUP 420 LITER PETROL KE THAILAND

KPDN TUMPAS CUBAAN SELUDUP 420 LITER PETROL KE THAILAND

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Taktik menyeludup petrol bersubsidi ke Thailand terbongkar selepas pihak berkuasa menemukan lima kenderaan ditinggalkan bersam 420 liter petrol di sekitar Taman Guru, Bukit Bunga, di sini, pada Rabu.

Menurut Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, serbuan bermula jam 9.00 pagi menerusi Operasi Bersepadu bersama Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menyasarkan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.

“Siasatan mendapati semua kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan itu sudah diubah suai tangkinya, dipercayai bagi memuatkan petrol untuk diseludup ke negara jiran.

“Kesemua kenderaan termasuk empat Proton Waja dan sebuah Proton Wira disita dengan nilai anggaran RM54,000. Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan ketika operasi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dan semua barang rampasan diserahkan kepada KPDN Tanah Merah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here