Home Buletin Semasa KPDN SITA BARANGAN DISYAKI TIRUAN BERNILAI LEBIH RM22,000

KPDN SITA BARANGAN DISYAKI TIRUAN BERNILAI LEBIH RM22,000

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita sebanyak 13 unit power unit jenama terkenal yang disyaki tiruan bernilai RM22,300 di sebuah premis, di sini, pada Rabu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, operasi berkenaan dilaksanakan susulan aduan yang diterima daripada pemilik cap dagangan berdaftar berhubung penjualan secara terbuka barangan tiruan itu.

“Pemeriksaan awal mendapati sebanyak 26 unit power unit jenama Honda pelbagai model disimpan di premis berkenaan bagi tujuan perdagangan.

“Antara barangan yang disita ialah 13 unit power unit dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM22,300,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam serbuan itu, seorang wanita berusia 40 tahun dikenalpasti sebagai pemilik premis berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 mempunyai dalam milikan, kawalan dan jagaan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar dan memakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar pada barangan atau perkhidmatan yang berkaitan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here