Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal menganjurkan Karnival Barangan Malaysia (KBM) untuk mempamerkan dan meraikan kepelbagaian, kualiti, dan inovasi produk Malaysia.
Menurut kenyataan media, penganjuran itu menjadi satu platform kepada peniaga untuk mempamerkan produk mereka, mengembangkan jalinan, berkolaborasi dengan rakan-rakan strategik yang berpotensi, dan mengetengahkan produk mereka kepada rakyat Malaysia.
Ia sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka dan melihat kepelbagaian produk Malaysia, menemui produk baru serta menyokong perniagaan produk tempatan dan berbangga dengan warisan negara.
Lebih kurang 100 pempamer yang terlibat merangkumi pelbagai produk dari seni tradisional hingga inovasi moden.
Selain itu, objektif utama pihak KPDN adalah agar produk tempatan Malaysia bukan sahaja mempunyai kualiti bertaraf dunia, tetapi juga mempunyai potensi besar untuk dipasarkan ke luar negara.
Pihaknya juga komited dalam memperkukuhkan penjenamaan dan promosi produk Malaysia, serta memantapkan kedudukannya sebagai satu kuasa di pasaran antarabangsa.
Pelbagai inisiatif strategik telah dirancang oleh Kerajaan melalui KPDN untuk membantu perniagaan dan industri tempatan mencapai kejayaan baharu sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Karnival itu bermula pada 13 dan berakhir pada 17 Disember 2023 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre and IOI City Mall, Putrajaya. – KPDN –
I Medikel TV






