Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
MACHANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas 2,781unit disyaki beg tiruan berjenama terkenal dengan anggaran RM141, 270.
Serbuan dijalankan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Kuala Krai dalam Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik Cap Dagang pada Selasa.
Serbuan kira-kira jam 12.00 tengah hari di lokasi itu melalui aduan oleh wakil pemilik cap dagang hasil daripada pemantauan risikan dan pengaduan pihaknya di sini.


Selanjutnya pasukan operasi menemui pelbagai bag berjenama terkenal disyaki pelanggaran mengikut Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, kawalan dan jagaan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar pada barangan atau perkhidmatan.
Jika sabit kesalahannya pemilik premis perniagaan boleh didenda jika pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM 15,000.00 bagi setiap barang.
Manakala individu atau perseorangan denda tidak melebihi RM 10,000.00 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
Kes ini akan disiasat dibawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki melakukan kesalahan iaitu mempunyai dalam milikan jagaan dan kawalan bagi maksud perdagangan.
KPDN Kelantan memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga yang dengan niat melakukan aktiviti tidak bermoral ini supaya menghentikannya segera. – KPDN –
IMedikel TV






