Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan tempatan dan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan negara serta beberapa stesen minyak di sekitar kawasan, di sini, pada Ahad.
Menurut Pengarah KPDN, Azman Ismail dalam satu kenyataan tindakan itu adalah sebahagian daripada inisiatif pemantauan berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN, khususnya berkaitan kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan oleh kenderaan perdagangan dan persendirian.
“Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk mengekang sebarang aktiviti tidak sah yang boleh menjejaskan kestabilan bekalan dan ekonomi domestik, terutamanya melibatkan barangan bersubsidi seperti bahan api dan minyak masak.
“Sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan boleh disalurkan melalui saluran rasmi yang telah disediakan oleh pihak KPDN Kelantan,”katanya dalam kenyataan.
IMedikel TV






