Home Buletin Semasa KORBAN ANAK PERANTAU, REDAH KESESAKAN JALAN RAYA SAMBUT AIDILADHA DI KAMPUNG

KORBAN ANAK PERANTAU, REDAH KESESAKAN JALAN RAYA SAMBUT AIDILADHA DI KAMPUNG

51
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Gelombang perantau pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha mula memenuhi lebuh raya utama sejak malam tadi meskipun terpaksa berdepan kesesakan trafik luar biasa.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pengguna berkongsi pengalaman terkandas berjam-jam di atas jalan raya, namun tetap bersemangat untuk pulang beraya bersama keluarga di kampung halaman.

Seorang pengguna media sosial memaklumkan dia bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 10 malam semalam, namun sehingga pagi ini masih terkandas dalam kesesakan di kawasan Merapoh.

Walaupun perjalanan mengambil masa lebih lama daripada biasa, katanya, keadaan itu tidak mematahkan semangat untuk pulang menyambut Aidiladha bersama keluarga.

“Saya bersama isteri dan anak bertolak dari Kuala Lumpur ke kampung halaman di Tanah Merah.

“Namun trafik luar biasa di Merapoh,”katanya ketika siaran langsung di laman sosial..

Sementara itu, sebuah lagi keluarga yang bertolak dari Melaka pada jam 11 pagi hari ini turut berdepan kesesakan trafik sejurus selepas Plaza Tol Gombak.

Menurut mereka, keputusan pulang pada hari bekerja dibuat kerana menyangka aliran trafik akan lebih lancar berbanding hujung minggu.

“Balik hari ini ingatkan tak ada kesesakan jalan raya rupanya sesak juga

“Tak kisah jalan sesak asalkan dapat balik raya,” katanya ketika siaran langsung di media sosial.

Menurut seorang pengguna di media sosial, difahamkan ramai terkandas ketika melalui jalan Merapoh.

“Ramai yang solat subuh di tepi jalan,”kongsinya.

Meskipun perjalanan memakan masa panjang, ramai perantau dilihat tetap positif dan menganggap pengalaman berdepan kesesakan sebagai sebahagian daripada “mood balik kampung” setiap kali musim perayaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here