Home Buletin Semasa KO KIM KERJASAMA DENGAN ANGKASA BANTU TEROKA PRODUK FARMASEUTIKAL

KO KIM KERJASAMA DENGAN ANGKASA BANTU TEROKA PRODUK FARMASEUTIKAL

181
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: IMedikel Pharma Holding (IMPHB) sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan dalam bidang farmaseutikal.

Bagi mengukuhkan lagi bidang tersebut di pasaran bukan sahaja di negeri Kelantan malah di seluruh negara IMPHB banyak berkolaborasi dengan pelbagai agensi.

Bendahari Pengurusan Koperasi Kakitangan IMedikel Kelantan Berhad (Ko KIM), Syahrul Azlan Mahmood berkata bagi melebarkan sayap, delegasi mengadakan kunjung hormat ke Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) pada Selasa.

“Kunjung hormat ini adalah bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan dua hala antara kedua-dua belah pihak dan meterai usahasama yang boleh diketengahkan dalam pelbagai perkara berkaitan seterusnya akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Dengan pertemuan ini diharapkan Angkasa dapat berganding tenaga dalam membantu Ko KIM dalam menerokai pasaran produk farmaseutikal di rangkaian farmasi angkasa dengan sasaran 200 farmasi menjelang 2030,”katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi Kunjung Hormat Ko KIM ke Angkasa, di Wisma Ungku Abdul Aziz, Kelana Jaya, Selangor.

Syahrul Azlan yang juga Ketua Pegawai Kewangan IMPHB, berkata terdapat beberapa agenda ketika kunjung hormat itu berlangsung.

“Antara agenda yang dibincangkan termasuk kilang generic over-the-counter (OTC)/generik sebagai pemangkin untuk farmasi ANGKASA menghasilkan produk jenama sendiri.

“Kolaborasi antara ANGKASA membantu koperasi baru dalam agenda koperasi negara. Pihak ANGKASA juga bercadang untuk menghasilkan kira-kira 500 produk SKU di bawah jenama ANGKASA.

“Jadi, secara tiadak langsung IMPHB dapat meneroka dan menyelidik dalam bidang pembuatan OTC,”katanya.

Delegasi Ko KIM diketuai Presiden IMPHB merangkap Yang Dipertua Ko KIM, Yusmat Mamat disambut mesra Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah.

Hadir sama Pegawai Khas Presiden Angkasa, Halim Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif IMPHB merangkap pengerusi KO KIM, Azman Abd Jalil dan Ahli Lembaga Koperasi, Faiz Syahiran Muhammad.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here