Home Sukan KLOPP RAIH LEBIH 1 JUTA PENGIKUT DI IG

KLOPP RAIH LEBIH 1 JUTA PENGIKUT DI IG

155
0

LONDON: Jurgen Klopp menyertai media sosial untuk memastikannya “hubungan cintanya” dengan Liverpool tidak berakhir apabila beliau meninggalkan kelab “luar biasa” itu selepas perlawanan perpisahan penuh emosi menentang Wolves malam ini.

Klopp akan menamatkan tempoh mengagumkan selama sembilan tahun sebagai pengurus apabila wisel penamat ditiup di Anfield.

Warga Jerman itu mengukuhkan dirinya sebagai seorang legenda Liverpool dengan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelab itu buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun pada 2020.

Klopp mengemudi The Reds meraih kegemilangan Liga Juara-Juara pada 2019 serta turut menjulang Piala FA dan Piala Liga sepanjang tempohnya di kelab itu.

Pengendali berusia 56 tahun penuh karisma itu mempunyai hubungan kuat dengan Liverpudlians, yang mengagumi kekuatan semangatnya.

Berhasrat untuk memastikan hubungannya dengan bandar itu berterusan selepas beliau meninggalkan Merseyside, Klopp tidak mengendahkan syak wasangkanya terhadap media sosial apabila membuka akaun Instagram sendiri semalam.

Akaun itu dipanggil ‘Kloppo’ dan melabel dirinya sebagai ‘The Normal One’, merujuk kepada gelaran diberikan sendiri bekas pengurus Chelsea dan Manchester United, Jose Mourinho ‘The Special One.’

Klopp meraih 376,000 pengikut dalam tempoh dua jam pertama hantaran sulungnya – satu video penuh emosi ditujukan kepada peminat Liverpool dan kini mencecah lebih 1.3 juta.

“Kepada warga Liverpudlians yang dihormati, kita semakin hampir ke penghujungnya. Saya akan memanggilnya sebagai hubungan cinta. Dari hari pertama, ia adalah masa yang luar biasa,” kata Klopp.

“Saya selalu tertanya-tanya rasanya seperti kita menulis cerita bersama-sama dan itulah yang dirasakan hari ini. Ia satu buku yang bagus. Jika kita membacanya pada masa hadapan, kita akan tersenyum.

“Meninggalkan tempat yang luar biasa ini sukar, tetapi saya mahu terus berhubung dengan anda. Walaupun saya bukan seorang lelaki media sosial, orang memberitahu saya media sosial boleh membantu. Jadi, di sini kita bermula. Jumpa lagi!”

– AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here