Home Buletin Semasa KLIK MEDIA SOSIAL DENGAN BIJAK

KLIK MEDIA SOSIAL DENGAN BIJAK

167
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Media sosial menjadi medium yang dilayari jutaan pengguna setiap hari bagi tujuan berkongsi tentang kehidupan sendiri atau menilai kehidupan orang lain.

Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Kelantan, Wan Nurul Ain Wan Mohd Razali berkata penggunaan media sosial secara kerap boleh menimbulkan risiko negatif sehingga menyebabkan ancaman keselamatan kepada seseorang.

“Sudah menjadi trend masa kini apabila orang ramai berkongsi aktiviti kehidupan seharian di platform Tiktok, Facebook atau Instagram sehingga menjadi tarikan orang ramai untuk melihatnya.

“Namun, dalam keadaan tidak sedar ada dalam kalangan mereka yang tidak minat akan perkongsian tersebut sehingga mempunyai niat buruk terhadapnya,” katanya dalam ucapan “Klik dengan Bijak” pada program Karnival Kita MADANI peringkat negeri Kelantan, di Dataran Kesedar, di sini, hari ini.

Walaubagaimanapun Wan Nurul berkata masyarakat perlu menetapkan privasi masing-masing agar kesemua maklumat diri tidak didedahkan di media sosial.

Oleh sebab itu, jelasnya langkah bagi mengatasi masalah berkenaan, mereka perlu mengambil inisiatif dengan membuat kawalan kendiri seperti berfikir sebelum bertindak.

“Meskipun dunia internet mempunyai kesan positif dan negatif tetapi orang ramai perlu berfikir sebelum berkongsi sesuatu perkara agar tidak menjejaskan kehidupan di masa hadapan,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here