Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan sebanyak 111 unit Peranti Defibrilator Luaran Automatik (AED) di seluruh negara.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa setakat ini terdapat 73 AED ditempatkan bagi membantu mangsa serangan jantung.
Katanyanya, AED itu ditempatkan di lokasi seperti pusat beli belah, stesen pengangkutan awam, sekolah, tempat ibadat, pejabat kerajaan dan lain-lain di Lembah Klang termasuk di Kelantan iaitu di tiga lokasi termasuk di Masjid Al Fattah, Nilam Puri, Pasar Siti Khadijah dan Kompleks Belia dan Sukan, Panji.

Dr Zaliha melihat demonstrasi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) daripada salah seorang anggota SJAM.
Beliau berkata demikian selepas Lawatan ke Pusat Operasi Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) ‘Hotspot’ Kota Bharu sempena Hari Terbuka dan Program Komuniti Masyarakat St.John Ambulans Malaysia (SJAM) di Masjid Al-Fattah, di Kampung Nilam Puri, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Dr Zaliha mengulas lanjut berkenaan lokasi PRPA Tiktik Panas (Hotspot).

Dr Zaliha mendengar penerangan ringkas berkaitan AED daripada See Ming di AED yang ditempatkan di Masjid Al Fattah, Nilam Puri, di sini
Katanya sebanyak 20 lokasi PRPA ditempatkan di seluruh negara yang dikendalikan oleh SJAM.
“Kita ada seperti yang saya sebut dulu pada asalnya kita ada 5 hot spot dan sekarang kita telah tingkatkan kepada 20 hot spot dan InsyaAllah kalau kita dapat bajet yg lebih mungkin kita boleh juga lagi memikirkan kawasan hot spot tu diperluaskan sebabnya sangat membantu.

Dr Zaliha bersama tetamu kehormat di program semalam.
“SJAM telah banyak membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha untuk membawa pesakit dari kawasan hot spot ke hospital kita dan satu perkara yang saya bangga dengan SJAM kerana masa yang diambil untuk membawa mangsa pesakit kritkal ke hospital hanyalah sekitar 15 minit dan sangat membantu dan kita akan memastikan SJAM terus diperkasakan dan kita juga akan cuba bekerjasaman dengan SJAM untuk masa akan datang,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Pemerintah Agung St. John Ambulans Malaysia, Lai See Ming.
Imedikel TV





