Home Buletin Semasa ‘KITA HANYA KURANGKAN SUBSIDI GOLONGAN MAHA KAYA’ – PM

‘KITA HANYA KURANGKAN SUBSIDI GOLONGAN MAHA KAYA’ – PM

180
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan segelintir pemimpin politik menggerakkan kempen mendakwa kerajaan mengurangkan pemberian subsidi kepada semua lapisan masyarakat.

Perdana Menteri menegaskan, pengurangan pemberian subsidi itu tidak menjejaskan semua lapisan masyarakat, sebaliknya hanya membabitkan inisiatif kadar elektrik dan haji bagi golongan T20.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mempersoal kewajaran kempen terbabit, selain menegaskan pendekatan itu terpaksa dibuat bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam golongan B40 dan M40.

“Saya kurang faham, mana kurangnya subsidi? Kita kurangkan (subsidi elektrik dan haji) bagi golongan kaya, bukan untuk rakyat tetapi hanya bagi golongan maha kaya.

“(Pemberian subsidi) tidak dikurangkan bagi majoriti rakyat dan 90 peratus tidak terkesan. Malah, kadar elektrik bagi industri sederhana kecil (IKS) dan makanan tidak dinaikkan.

“Kenapa nak politikkan isu ini? Kita nak jadi jaguh siapa?” katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai pendekatan pengurangan pemberian subsidi yang membebankan rakyat.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here