Home Sukan KISONA BANGKIT GARANG, MARA KE PUSINGAN KEDUA MASTERS THAILAND

KISONA BANGKIT GARANG, MARA KE PUSINGAN KEDUA MASTERS THAILAND

153
0

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan wanita negara, S Kisona, mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Tanya Hemanth dari India 15-21, 21-11, 21-13 dalam pusingan pertama Masters Thailand 2025 hari ini.

Kisona, yang berusaha mengembalikan prestasi terbaiknya, menunjukkan keazaman luar biasa apabila kembali lebih agresif dalam dua set berikutnya, mengawal permainan dengan pukulan tajam dan strategi kemas bagi memastikan kemenangan menjadi miliknya.

Pemain profesional itu bersedia untuk menghadapi cabaran lebih getir di pusingan seterusnya, akan berdepan wakil Indonesia, Putri Kusuma Wardani.

Dalam perlawanan perseorangan lelaki, Jacky Kok, turut cemerlang apabila menundukkan Ayush Shetty dari India 21-15, 21-17, manakala Aidil Sholeh Ali Sadikin tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan lawan dari negara sama Mithun Manjunath 21-8, 21-15.

Jacky selepas ini akan menentang Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan, manakala Aidil Sholeh bakal berdepan wakil China, Wang Zhengxing.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa Cheam June Wei yang tewas dalam pertarungan sengit tiga set kepada S Sankar Muthusamy Subramanian 21-15, 15-21, 19-21.

Turut mengalami nasib sama ialah pemain muda berbakat, Justin Hoh, juga gagal meneruskan kemaraan selepas tunduk kepada Moh Zaki Ubaidillah dari Indonesia 21-17, 12-21, 13-21. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here